NAK DUIT FREE?? CLICK UNTUK REGISTER. PUT BANNER AT YOUR BLOG.TAK EFFECT NUFFNANGLA!!!

Wednesday, 2 March 2011

' Contest Resepi Pilihan ' Sinar Raudah.




IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR RESEPI MY BELOVED MOTHER

Saya pertaruhkan resepi ini turun-temurun dari mak. Pertama kali saya masakkan untuk En.Papa (hubby) memang En.Papa suka sangat-sangat. Sebenarnya banyak cara untuk buat ikan sumbat bakar ne. Saya dah cuba banyak kali kat kedai tapi still tak boleh lawan cara mak saya. Saya pernah publish resepi ini di blog personal saya di sini.

Bahan-bahan (bagi 3 ekor ikan, saiz seperti dalam gambar):

1. kunyit hidup sebesar ibu jari
2. serai 2 batang
3. cili merah 5/6 biji
4. cili api (bagi yang nak rasa pedas lagi)
5. kelapa sebiji
6. garam (pandai-pandai adjust)

Cara-cara:

1. Tumbuk semua bahan di atas. Tumbuk tau tak boleh mesin.
2. Lebih elok garam diletak di awal proses menumbuk supaya rasa garam seimbang utk keseluruhan bahan tersebut.
3. Sumbat bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam ikan(ikan jangan lupa cuci pulak hehe)
4. Bakar ikan. Petua saya untuk tahu ikan sudah masak atau tidak ialah apabila saya terbalikkan ikan tiada air ikan yang masih mengalir.
5. Tadaaaaaa... MARI MAKAN


 ini batu tumbuk kesayangan saya

 ikan-ikan yang selamat disumbat dengan bahan-bahan tadi

bakar je atas tempat masak biasa je..
kalau nak best lagi gunalah arang..
tak kuasa den

amacam kecur air liur tak?? hehe
sesuaikan pasangan lauk-pauk ini?


p/s: Gambar-gambar adalah gambar sendiri bukan dipinjam dari mana-mana pihak.

2 comments:

Amy Syaquena said...

As'salammualaikum...

First amy nak ucapkan terima kasih coz sudi join contest sinar raudah.Penyertaan memenuhi syarat yang sinar raudah inginkan.Good luck ok!


p/s: ikan cencaru sumbat memang fav amy tapi amy x pernah makan yang bakar lagi. Pasni leh try nie..

Kamsiah said...

salam kenal...
sedapnya makan dgn nasi panas2....