NAK DUIT FREE?? CLICK UNTUK REGISTER. PUT BANNER AT YOUR BLOG.TAK EFFECT NUFFNANGLA!!!

Wednesday 28 December 2011

Cabaran 5 # Pakaian

kali ne saya nak stright forword je..Kalau sebelum ne semua cabaran yang saya buat tak stright foword tapi kali ne saya nak stright fowordlah.. Kalau dah namanya pakaian kali ne saya nak bercerita tentang pakaian.. Pakaian yang sesuai semasa menyusukan bayi..

Kadang-kadang kesian bila melihat ibu-ibu yang nak menyusu di khayalak ramai. Bukan main payah nak menyelak baju.. Takutla terlihat aurat. tapi sekarang jangan risau. Bukan mcm zaman dulu-dulu.. Semu info dihujung jari ye.. Boleh pesan baju cara online, ukuran pun bagi online.. sedar-sedar ting tong ting tong baju dah sampai.. yang paling menarik perhatian saya yang bawah ne. nak pg majlis pun nampak grand kan??

 Cantikkan? Ada banyak lagi pilihan meh jenguk Bling Boutiqe


Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Amyz dan ditaja oleh Bling Boutique

Thursday 15 December 2011

CABARAN #4 Kesihatan

Kesihatan? Isunya terlalu luas. Bila menyebut tentang kesihatan pasti saya teringatkan kejadian yang melibatkan anak-anak. Kalau anak sakit sanggup ke kita melewatkan rawatannya walau seminit? Terus-terang saya tak sanggup.  Lebih-lebih lagi kalau dah beberapa hari kesihatannya tergangu. 

Maaf saya bukan nak condem hospital kerajaan tetapi saya dah pernah mengalaminya. Saya sedia maklum bebanan tugas kakitangan hospital kerajaan amatlah banyak.Jadi kita sebagi ibubapa sendiri yang perlu memikirkan back-up plan untuk anak-anak.Pengalaman adalah pengajaran yang paling bermakna. Selepas kejadian pertama di sebuah hospital kerajaan saya mula menyediakan backup plan supaya apabila ganguan kesihatan anak-anak tiba saya boleh mendapatkan rawatn paling cepat, paling terbaik dan tanpa memikirkan bebanan kewangan. 

Dibawah ini adalah petikan dari private blog saya, kejadian yang benar-benar berlaku.Saya sertakan gambar sekali dan saya amat bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati saya untuk menyediakan payung sebelum hujan iaitu perlindungan kesihatan aka insuran.



 
1/3/2008 jam 3 pagi aku & hsbd kejarkan amana ke SJMC. dah 4 hari amana demam panas. smlm jam 4 pagi jugak bawak amana pg sunway medical center tapi tak warded..masa tue suhu 39'C. masa g sjmc pulak suhu dia dah 41'C aku dah tak sanggup tunggu... dah buat mcm2 tepek asam jawa, sponge kan tak jalan..
lain pulak jadi..amana jadi mengigil2 sampai biru bibir..

 
bagus service sjmc masa kat wad setiap 2 jam nurse masuk amik suhu..check drip etc etc sampai aku yg tak sempat lelap..baru nak lelap sorang lepas sorang nurse masuk...tiap2 pagi cleaner datang cuci bilik,makanan pun ok..siap tanya puas hati tak dgn makanan..aku mintak dr check tekak dia check..mmg betul tekak amana dah luka..dr bagi ubat titik kat mulut..ini 1st time amana makan ubat titik dlm mulut.. 5 titik setiap kali makan.lepas tue alhamdulilah amana mula minum... 


sepanjang kat hsptl tdo2 ayam je.. sbb amana dah biasa tdo bgolek2 kat umah..abis kat hsptal pun buat peel macam tue..bukan kira wayar drip tue tegang2 nak putus berbelit kat badan dia... aku kena selalu tgok dia..betulkan wayar2 tue... amana punya tangan dua2 berbalut..sbb tak nak tangan lagi satu tarik wayar drip kt tgn yg sebelah lg..mula2 dia cam pelik sbb jari2 pun takleh gerak..tapi hari ke 2 dia blh capai puting dia & masukkan dlm mulut dgn jari berbalut tue..bijak anak mama... 

semua bil ne insuran yg cover termasuk rawatan awal di sunway medical center.....kalau tidak kopakla aku & hsbd nak bayar..baru 4 bulan join insuran amana dah kena warded dgn bil RM2104.kiranya pulang modal betul..total insuran prudential tue aku baru bayar RM400 je (1 bulan-100) ..pastu 1 hri jaga amana aku dapat elaun RM300.bukan kami sbg ibubapa nak duit ne tapi dgn duit ne kami bayar balik insuran bulanan amana tue pada bulan berikutnya...& katalah kami ada baby lain & sorang anak masuk hsptal,sorang lagi kenalah nurseri jaga..duit elaun tue la yg tampung semua tue.. kiranya anak masuk hospital dgn adanya insuran ne kami tak perlu risaukan hal kewangan..kami cuma nak yg terbaik utk rawatan kesihatan anak..tak nak ada sekatan semata2 sbb kewangan...lagipun ofis kami tak cover kesihatan anak..kenalah kmi pk alternatife lain...kami jugak nak keselesaan supaya kami berdua dapat tgal sebilik dgn amana masa dia sakit..kalau gomen manalah dapat tgal sebilik dgn anak..pastu nak dapat 1st class bilik kan susah walaupun kami layak..kena tgok kekosongan pulak..so kami decided amik insuran utk kesihatan & keselesaan anak2 kami..+ ada jugak simpanan utk pelajaran..amana 17 tahun ada dalam over 20K utk duit belajar dia..harap2 amana jadi budak baik tau hargai apa yg mama & papa buat utk amana ye... alhamdulilah dgn rezeki yg ada..


“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid   yang direviu oleh fazya nisadan ditaja oleh Vitamin Semulajadi  

Tuesday 29 November 2011

Cabaran 6-Internet

Apa saya nak buat ye?? Tajuk internet ne luas sungguh skopnya. Boleh tak saya kecilkan kepada "belog"sahaja. Saya ne kalau nak buat entry mesti entry yang saya sendiri lalui atau alami baru nampak natural. Kalau tidak entah apa-apa tah isinya.

Apa sebabnya anda berbelog? Apa jawapan anda? Jawapan clichqe "Minat". Jawapan sebenarnya "show off!!" Eh tak baik cakap macam tue tau. Dulu saya tak le addicted sangat dengan berblog sbb blog saya yang first tue private. Tapi lepas open blog ne, mmg addicctedle sesangat sebab saya tahu ada kwan-kawan yg follow blog saya walau jauh panggang dari Hanis Zalika..hehe.. Kenapa saya suka berbelog?
  • saya jarang keluar berjalan-jalan; hidup saya pejabat, rumah saya, rumah mak, rumah mil, TESCO? dan anak-anak. Jadi bila saya BW saya suka tengok kawan-kawan saya melancong-lancong walau saya tak ke situ. Happy bila tengok tempat yang geng-geng blogger lawati  walau cuma saya tengok menerusi PC
  • saya kenal ramai kawan baru. seronoknyeeeeeeee.. walau ada antaranya tak penah bersua muka cuma menerusi blog tapi rasa bestnyeeeeeeeeee dapat kawan baru..
  • kenal kawan yang ala-ala satu line-MZ boleh ila menuntut ilmu ye.. Kot-kot kuat semangat nak sambung study.Boleh bagi tuition free? 
  • saya dapat banyak info memacam tentang PTPTN, hotel, info ilmiah  etc etc 
(6 bulan stok susu)


(3 bulan stok Pet-Pet)

  • part ne paling best!!! Saya kenal geng-geng contest melalui blog!! Sifu AyuMiraEzzMZWan  Kalau bukan sebab berblog saya tak dapat merasa rezeki dari sumber ini. Sejak melibatkan dengan contest-montest ne saya dah menang 2 big wining  dan adalah small2 winning yang buat saya rasa "oh syoknyeeeeeeee dunia blogku.." ekeke. Pulak tue ada pulak yang tak kedekut mengepos borang contest!! Wan.. TQ sesangat. Kalau wan tak pos memang ila tak akan dapat borang-borang tue. Pelbagai borang tauuuuu.. Ada borang boleh dapat melalui online tapi ada sesetangah tak ada.. Saya pulak jenis jarang keluar memerap je kat umah dgn lambakan tugas.. Backlog sokmo kain baju haiiiiiiiiiii....  Kalau tak keluar , mana nak dapat pelbagai borang yang ada kat shopping complex tue? Oh Wan, ila akan  beli barang-barang syarat contest tue.Mana tau ada luck kan? 
Antara hasil kemenangan & saya jual di label " Mummy Department"
  • menjana kewangan dari blog . Mula-mula saya buka online shop memang sebab saya jadi pengedar cloth diapers tapi sekarang kalau ada item-item yang saya menangi saya nak let-go inilah tempatnya melalui littlemummydaddy-online shop saya. Dulu untuk bayi je tapi sejak-sejak menangi barang-barang kosmetik ne jadi saya open juga untuk barangan mummy. Lagipun seronok tau kalau dapat duit dari business ne lain rasanya walau tak banyak mana..hehe
  • tempat berkongsi perkembangan rakan-rakan . Jumpa teman-teman pun bukan selalu. Menerusi blog saya tahula oh anak kawan saya tue dah besar, dulu kecik je. Oh dulu anak satu sekarang dah masuk dua.. Oh dulu satu isteri sekarang dah ada tiga..kiki.. takla..gurau je..
  • tau barangan murah/program yang menarik..ada kawan-kawan yang tak kedekut tau berkongsi info-info best. Kat mana ada program petukaran susu, ada dapat diapers free,..isk memacamla..
  • takla rasa mcm katak bawah tempurung. Siapa yg sempat tonton berita? Saya?? Tak sompek dik.. Balik terus keja memasak.. mengemas..apa-apa yg seorang ibu buat.. Rasa mcm bionic women pun ada cuma sekarang kena kurang-kurangkan sebab nanti diri sendiri yang merana..hihi. Kerana blog banyak isu semasa yang saya tahu..Walau kekadang lewat tahu..hihi. Biasanya hari Sabtu Ahd saya sempat BW sebelum anak-anak bangun. Time rehat org lain relex-relex tapi saya berkejar makan cecepat & BW. kurang dosa mengumpat..kiki..
  • tempat melepas tekanan.. hurmmmmmmmm...
  • tempat berkongsi cerita anak-anak saya yang makin membesar
  • tempat berkongsi barang-barang best yang dibeli.. kalau tengok geng blogger beli & dapat harga best saya pun nak join sekali hihi
  • tempat menghabiskan duit..haha..beli barang pun online sekarang..tak payah susah-susah ajak org teman..kuikui
Banyak yang menyebabkan saya suka berbelog. Ini semua adalah alasan/sebab jujur dan murni dari saya...

Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Amyz dan ditaja oleh Hafiy Dot Com


Tuesday 15 November 2011

CABARAN #3- Natural Atau Semula Jadi

Bila bercakap tentang natural atau semula jadi kebanyakkan kita terfikir pokok-pokok, haiwan, pemandangan pantai yang indah, awan-gemawan tapi pada saya semulajadi ini luas maksudnya... Semulajadi pada saya bermaksud kita tidak mengubah sesuatu yang dijadikan oleh Allah.


Oleh itu kali ini ..drum roll please... nak tergelak pun ada....
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Semulajadi tak? Natural tak??
Apa yang anda nampak?
Ciri-ciri semulajadi pada anak comel ini?


 Nampak tak??
Ok saya akan bagi clue.
Tengok lagi gambar di bawah ye...


 Walau terselit di celah topi masih nampak semulajadi/natural kan? 


Pandai!!!
Mestilah rambut kerinting itu
Semulajadi tau!!
Natural bukan hantar ke saloon!!

 Jangan ingat bila rambut kerinting tak boleh melawa ye?
Nampak macam anak Koreakan? Atau anak Jepun? Atau anak Cina?
Dengan kulit yang putih mulus.. Dah ramai yang tertipu tau..kiki
Inilah bahana natural beauty atau kecantikan semulajadi


Rambut lurus atau kerinting pasti ada hikmahnya. Percayalah yang semulajadi itu lebih baik kerana Allah yang menentukan ia begitu. Muka bulat begini Allah berikan rambut lurus dan membuatkan Amana nampak sungguh comel. Kalau rambut lurus pasti rupanya berubah. Mungkin juga Amana diberi rambut kerinting supaya bila dia besar kelak dia akan pakai tudung... Kalau rambut lurus lagilah dia merasa dia anak Korea yang perlu menayang rambutnya.. Sekarang pun dah asik cakap Amana anak Korea ke Amana anak Jepun atau Amana anak Cina?

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh fazyanisa  dan ditaja oleh Sentuhan Bayu

Thursday 4 August 2011

RM & Ramadan

RM & Ramadan.. Amacam catchy tak tajuk ne? Tak perlu mukadimah panjang-panjang & meleret-leret nanti juri pening. Wahai juri bacalah sampai abis ye sebab entry ini adalah entry ikhlas  sempena bulan Ramadan daripada si tuan tanah. Tak tipu pun sebab ini kisah benar. Entry ini akan diselang-seli dengan gambar jadi tuan juri tak boring.

Selepas Ramadan pastilah Syawal menjelmakan? Kalau dah Syawal menjelma pasti guna RM banyakkan? Tak payah tunggu Syawal masa Ramadan pun perbelanjaan RM jadi meningkat sebab sibuk membeli di PARAM (PAsar RAMadan) dengan alasan tak sempat masak. Memang itu kenyataannya. Kalau hari lain masak lambat pun tak kisah sebab tak mengejar waktu berbuka. Untuk menampung RM yang diperlukan sekaliganda atau mungkin dua kali ganda dari bulan-bulan lain saya mengharapkan RM akan datang dari perkara-perkara berikut. Semoga dimurahkan rezeki saya & family semasa Ramadan ini.

1) RM KERANA BONUS
Kalau yang keja gomen mesti mengharapkan bonuskan? Lebih-lebih lagi bila CUEPEC telah meminta pertimbangan bonus selama dua bulan untuk kakitangan kerajaan


Pada yang keja swasta pasti mengharapkan juga kan? Kecuali yang kerja dengan chinese company kebanyakkan bonus diberi masa Gong Xi Fa Chai. Am I right? Ada company yang establish time Raya dapat, Gong Xi Fa Chai dapat, Depavali dapat , bonus hujung tahun dapat. Pendek kata semua perayaan dapat..Bestnye dapat BONUS!!!

2) RM kerana MENANG CONTEST
Tidak ramai yang bertuah tapi sejarah telah membuktikan. Hehe. Intro baikkkk punya. Kawan-kawan saya bulan ini kebanyakkannya murah rezeki. Menang contest wang tunai. Aduhai bila giliran saya ye? Sungguh teruja melihat mereka mendapat wang tunai hasil kemenangan pertandingan yang disertai. Kalau dapat RM menerusi contest ini dapat juga saya gunakan untuk perbelanjaan Ramadan. Cuba juri tengok gambar-gambar di bawah. Teruja tak??


My blogger friend - Suzz menang 2K hasil contest Scotch Brite



Wan- my blogger friend- menang 1K hasil contest FOMCA


3) RM KERANA MENANG ITEM BERNILAI
Saya pernah menang item dibawah hasil contest di PA&MA Magzine dan saya jual di onlineshop saya dengan harga RM20 termasuk kos postage.Harga sebenar adalah RM29.90. RM itu saya buat beli makeup.

Suri Brestfeed Storage Milk


Dan baru-baru ini saya menang item ini di contest PA&MA juga.  Nilainya lebih besar dan kalau terjual dapatla saya buat perbelanjaan semasa Ramadankan? Saya jual lebih murah dari harga sebenar iaitu RM120 (termasuk kos postage) 

Bottle &Baby Food Warmer Jingle Jungle

4)RM DALAM BENTUK PENJIMATAN PEMBELIAN  BARANGAN ANAK-ANAK

Satu bulan kos susu anak rasanya hampir RM250. Kalau semasa bulan Ramadan ini saya tidak membeli pasti saya dah dapat jimat RM250kan? Tapi sanggup ke saya tak beli susu untuk anak yang masih memerlukan susu? Saya rasa pasti ibu-ibu suka kalau dapat stok susu selama 6 bulankan? Jimat RM lebih-lebih lagi RM diperlukan semasa Ramadan & Shawal kan? Cuba lihat di bawah...


Boleh baca tak? Saya dapat stok susu Dutch Lady selama sebulan. Hihi. Jimat RM kan dalam bulan-bulan Ramadan ne?


Semasa Ramadan ne pastilah kita juga buat persiapan untuk menyambut Ramadankan? Kalau untuk diri sendiri mungkin kita dah tak berapa kisah tapi untuk anak-anak? Pasti kita nak beri yang lebih baik dari pakaian harian mereka. Kasut anak-anak je ada yang hampir mencecah RM50..Kalau dapat free macam mana? Jimat RM jugakakan dalam bulan Ramadan? Cuba tengok bawah...



Dapat baca tak? Saya dapat kasut Raya untuk anak lelaki bongsu saya. Alhamdulilah rezeki Ramadan ne. Nilainya antara RM95-RM73. Harapnya hadiah-hadiah yang mempunyai nilai-nilai RM yang berbaloi-baloi ini sampai semasa Ramadan jadi dapatlah saya simpan RM yang sedia adakan?

5) RM DALAM BENTUK PEMBELIAN BARANGAN DI ONLINE SHOP SAYA

Semasa Ramadan ini ramai betul yang berniaga. Kebanyakannya berniaga kuih raya, serunding, kerepek dan lain-lain. Disebabkan saya mempunyai online shop untuk kanak-kanak jadi saya ada buat jualan pakaian kanak-kanak juga . Kalau laku bukankah RM juga?

Ini contoh dress yang saya jual di littlemummydaddy
Ada juga kemeja untuk kanak-kanak lelaki

Oh nampaknya sudah terlalu panjang entry saya. Kasihan pula pada juri. Akhir kata RM dan Ramadan memang tidak dapat dipisahkan secara langsung atau tidak langsung. Saya berdoa RM akan datang di dalam bulan Ramadan ini kepada saya dan keluarga dengan cara-cara begini. Ini bukan RM terpijak tetapi RM yang perlukan usaha dan tawakkal. Paling penting ibadat Ramadan jangan dilupa kerana RM tanpa keberkatan Ramadan tidak akan bertahan lama. Sekian.


“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh fazya nisa’ & Adam Mohamad

 dan ditaja oleh Adorable Muslimah

Tuesday 28 June 2011

Wordless Wednesday : Kelahiran


















Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh fazya nisa'"


Kelahiran adalah satu proses yang amat bermakna. Kelahiran anak-anak membuatkan saya sedar saya perlu tolak ke tepi semua rasa dan perasaan untuk membuat mereka gembira dan membesar dengan sempurna. Insya-Allah