NAK DUIT FREE?? CLICK UNTUK REGISTER. PUT BANNER AT YOUR BLOG.TAK EFFECT NUFFNANGLA!!!

Thursday 4 August 2011

RM & Ramadan

RM & Ramadan.. Amacam catchy tak tajuk ne? Tak perlu mukadimah panjang-panjang & meleret-leret nanti juri pening. Wahai juri bacalah sampai abis ye sebab entry ini adalah entry ikhlas  sempena bulan Ramadan daripada si tuan tanah. Tak tipu pun sebab ini kisah benar. Entry ini akan diselang-seli dengan gambar jadi tuan juri tak boring.

Selepas Ramadan pastilah Syawal menjelmakan? Kalau dah Syawal menjelma pasti guna RM banyakkan? Tak payah tunggu Syawal masa Ramadan pun perbelanjaan RM jadi meningkat sebab sibuk membeli di PARAM (PAsar RAMadan) dengan alasan tak sempat masak. Memang itu kenyataannya. Kalau hari lain masak lambat pun tak kisah sebab tak mengejar waktu berbuka. Untuk menampung RM yang diperlukan sekaliganda atau mungkin dua kali ganda dari bulan-bulan lain saya mengharapkan RM akan datang dari perkara-perkara berikut. Semoga dimurahkan rezeki saya & family semasa Ramadan ini.

1) RM KERANA BONUS
Kalau yang keja gomen mesti mengharapkan bonuskan? Lebih-lebih lagi bila CUEPEC telah meminta pertimbangan bonus selama dua bulan untuk kakitangan kerajaan


Pada yang keja swasta pasti mengharapkan juga kan? Kecuali yang kerja dengan chinese company kebanyakkan bonus diberi masa Gong Xi Fa Chai. Am I right? Ada company yang establish time Raya dapat, Gong Xi Fa Chai dapat, Depavali dapat , bonus hujung tahun dapat. Pendek kata semua perayaan dapat..Bestnye dapat BONUS!!!

2) RM kerana MENANG CONTEST
Tidak ramai yang bertuah tapi sejarah telah membuktikan. Hehe. Intro baikkkk punya. Kawan-kawan saya bulan ini kebanyakkannya murah rezeki. Menang contest wang tunai. Aduhai bila giliran saya ye? Sungguh teruja melihat mereka mendapat wang tunai hasil kemenangan pertandingan yang disertai. Kalau dapat RM menerusi contest ini dapat juga saya gunakan untuk perbelanjaan Ramadan. Cuba juri tengok gambar-gambar di bawah. Teruja tak??


My blogger friend - Suzz menang 2K hasil contest Scotch Brite



Wan- my blogger friend- menang 1K hasil contest FOMCA


3) RM KERANA MENANG ITEM BERNILAI
Saya pernah menang item dibawah hasil contest di PA&MA Magzine dan saya jual di onlineshop saya dengan harga RM20 termasuk kos postage.Harga sebenar adalah RM29.90. RM itu saya buat beli makeup.

Suri Brestfeed Storage Milk


Dan baru-baru ini saya menang item ini di contest PA&MA juga.  Nilainya lebih besar dan kalau terjual dapatla saya buat perbelanjaan semasa Ramadankan? Saya jual lebih murah dari harga sebenar iaitu RM120 (termasuk kos postage) 

Bottle &Baby Food Warmer Jingle Jungle

4)RM DALAM BENTUK PENJIMATAN PEMBELIAN  BARANGAN ANAK-ANAK

Satu bulan kos susu anak rasanya hampir RM250. Kalau semasa bulan Ramadan ini saya tidak membeli pasti saya dah dapat jimat RM250kan? Tapi sanggup ke saya tak beli susu untuk anak yang masih memerlukan susu? Saya rasa pasti ibu-ibu suka kalau dapat stok susu selama 6 bulankan? Jimat RM lebih-lebih lagi RM diperlukan semasa Ramadan & Shawal kan? Cuba lihat di bawah...


Boleh baca tak? Saya dapat stok susu Dutch Lady selama sebulan. Hihi. Jimat RM kan dalam bulan-bulan Ramadan ne?


Semasa Ramadan ne pastilah kita juga buat persiapan untuk menyambut Ramadankan? Kalau untuk diri sendiri mungkin kita dah tak berapa kisah tapi untuk anak-anak? Pasti kita nak beri yang lebih baik dari pakaian harian mereka. Kasut anak-anak je ada yang hampir mencecah RM50..Kalau dapat free macam mana? Jimat RM jugakakan dalam bulan Ramadan? Cuba tengok bawah...



Dapat baca tak? Saya dapat kasut Raya untuk anak lelaki bongsu saya. Alhamdulilah rezeki Ramadan ne. Nilainya antara RM95-RM73. Harapnya hadiah-hadiah yang mempunyai nilai-nilai RM yang berbaloi-baloi ini sampai semasa Ramadan jadi dapatlah saya simpan RM yang sedia adakan?

5) RM DALAM BENTUK PEMBELIAN BARANGAN DI ONLINE SHOP SAYA

Semasa Ramadan ini ramai betul yang berniaga. Kebanyakannya berniaga kuih raya, serunding, kerepek dan lain-lain. Disebabkan saya mempunyai online shop untuk kanak-kanak jadi saya ada buat jualan pakaian kanak-kanak juga . Kalau laku bukankah RM juga?

Ini contoh dress yang saya jual di littlemummydaddy
Ada juga kemeja untuk kanak-kanak lelaki

Oh nampaknya sudah terlalu panjang entry saya. Kasihan pula pada juri. Akhir kata RM dan Ramadan memang tidak dapat dipisahkan secara langsung atau tidak langsung. Saya berdoa RM akan datang di dalam bulan Ramadan ini kepada saya dan keluarga dengan cara-cara begini. Ini bukan RM terpijak tetapi RM yang perlukan usaha dan tawakkal. Paling penting ibadat Ramadan jangan dilupa kerana RM tanpa keberkatan Ramadan tidak akan bertahan lama. Sekian.


“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh fazya nisa’ & Adam Mohamad

 dan ditaja oleh Adorable Muslimah

5 comments:

ciketon fazya said...

Assalamualaikum wbt..
(saya hampir terlupa yang saya tugasan daripada mysuperkids, terima kasih mengingatkan saya)

Tahniah kerana dapat menghasilkan entry yang baik dan menyedarkan kita bahawa duit (RM) itu bukan dalam bentuk wang semata-mata.. sebenarnya dalam apa-apa pun juga yang kita peroleh, perkataan yang paling sesuai ialah rezeki kan?

Dan kalau dapat menang ipad tentulah rezeki berganda-ganda..:)

Semoga berjaya!

faraherda.razalan said...

=D

Good Luck!

syuwai said...

gud luck ah =)

ada entri untuk peserta giveaway http://syuwaistory.blogspot.com/2011/08/pemenang-ga-lets-go-green-save-earth.html

Shahayu said...

eh best lah dpt macam2 hadiah... n3 yang bagus...akak pun tak pernah menang apa2... hehehe. insyaallah ada rezeki boleh menang ni... all the best....

Qhaifa Nur said...

salam ziarah

kalau ada rezeki..tak ke mana

dah follow jom follow back